Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

33) PENGANGKUTAN AWAM UNTUK PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan mula membantu menyediakan bas percuma untuk penduduk marhaen di pangsapuri kos rendah di Klang?

    Laluan Bas Smart Selangor sedia ada di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat telah pun mengambilkira sasaran penumpang di kalangan penduduk berpendapatan rendah khususnya golongan sederhana di kawasan perumahan flat atau pangsapuri-pangsapuri yang berdekatan. Oleh itu, penentuan laluan Bas Smart Selangor telah dijalankan dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan permintaan yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.