Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

216) PENGANGKUTAN LRT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah mencapai satu persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan ataupun mana-mana agensinya mengenai cadangan sambungan laluan LRT Ampang dan Kelana Jaya? Sila berikan butir-butir.

    Sehingga hari ini Kerajaan Negeri telah bersetuju secara dasarnya terhadap semua
    jajaran yang dicadangkan. Namun begitu, Kerajaan Negeri masih lagi mencari opsyen
    atau alternatif kawasan bagi jajaran yang menerima bantahan agar memastikan
    cadangan ini dapat dilaksanakan. Kerajaan Negeri masih belum dapat membuat
    sebarang keputusan mengenai jajaran dan depoh di Kampung Sri Aman dan juga di
    jajaran kawasan Putra Height dan yang merentasi Kondominium Saujana Residency
    dan Empire Subang.

Lampiran

Tiada Lampiran.