Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

64) PENGANIAYAAN ANJING DI PULAU KETAM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah penjelasan dan langkah penyelesaian daripada Kerajaan Negeri berkenaan kes anjing yang telah ditangkap dan dihantar ke pulau terpencil berdekatan dengan Pulau Ketam beberapa bulan yang lalu?

    Anjing-anjing yang telah ditangkap oleh penduduk Pulau Ketam dan  dihantar ke Pulau Selat Tengah dan sebahagian darinya telah pun dapat diselamatkan. NGO (Badan Bukan Kerajaan) seperti SPCA, FFF dan SAS telah memberikan bantuan dalam operasi menyelamat anjing-anjing ini. Anjing-anjing ini telah ditangkap dan dibawa balik oleh NGO untuk program ’rehome’.

     

    Pihak kerajaan juga telah mengadakan kempen program kembiri atau pemandulan secara percuma kepada anjing-anjing liar di pulau ketam dan juga pada anjing yang mempunyai tuan. Program ini akan diteruskan pada masa akan datang. Walau bagaimanapun masih banyak lagi anjing-anjing liar yang terdapat di Pulau Ketam ini. Pihak kerajaan dengan kerjasama penduduk kampung akan meneruskan program kawalan anjing liar di Pulau Ketam.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.