Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

183) PENGAPUNGAN HARGA PETROL

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan langkah Kerajaan Negeri untuk pastikan rakyat Selangor tidak terbeban dengan kesan pengapungan harga petrol Ron95 yang bermula Januari 2020 kelak.

    Kerajaan Negeri sentiasa komited dan perihatin mengenai isu-isu rakyat dalam Negeri Selangor khususnya yang berkaitan dengan kos sara hidup. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak tahun 2008 yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). IPR menawarkan program-program bantuan dan kebajikan yang bertujuan membantu serta meringankan beban rakyat di pelbagai peringkat termasuklah bagi golongan B40 dan M40, tertakluk kepada kelayakan dan syarat yang telah ditetapkan.

    Sebanyak tiga puluh dua (32) buah program di bawah IPR telah diperkenalkan berdasarkan pembahagian mengikut kluster iaitu kluster Kebajikan, Kesihatan, Kekeluargaan, Pendidikan, Pekerjaan & Perniagaan dan Perumahan. Program-program yang dirangka ini bertujuan memberi bantuan dan kebajikan, sekaligus dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan mengurangkan kesan pengapungan harga petrol Ron95 yang bermula pada Januari 2020.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.