Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

30) PENGASINGAN PRODUK HALAL DAN TIDAK HALAL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri memastikan premis perniagaan mengasingkan produk halal dan tidak halal?

    Banyak usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui PBT dalam isu pengasingan produk-produk halal dan tidak halal berikutan perkara ini amat sensitif khususnya masyarakat beragama Islam dalam menjaga kandungan makanan dan kebersihan makanan tersebut. Bukan sahaja bahan kandungan makanan tersebut bahkan cara penyimpanan produk-produk tersebut juga dititik beratkan dan perlu diberi perhatian supaya ia tidak mengelirukan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui PBT telah mengambil beberapa inisiatif dalam usaha menjaga pengguna khususnya yang beragama Islam dengan mengasingkan produk-produk halal dan tidak halal. Antara usaha yang telah diambil oleh PBT adalah seperti di bawah:-

     

    • Mengenakan syarat dalam lesen premis perniagaan contohnya UUK 27(3)(c), UUK Establisymen Makanan 2007 memperuntukkan pengasingan penyimpanan produk halal dan tidak halal;
    • Mengenakan syarat sebagai syarat lulus permohonan lesen;
    • Mengarahkan peniaga menyediakan ruang berasingan untuk produk halal dan tidak halal contohnya chiller, rak atau bilik contohnya pada ketika ini pengasingan peniagaan non-halal di pasar basah dilakukan dalam ruang niaga berasingan (tertutup) manakala perniagaan makanan (tidak melibatkan daging khinzir) di Medan Selera tidak diasingkan;
    • Mengarahkan peniaga meletakkan papan notis peringatan untuk produk tidak halal; dan
    • Menyediakan kaunter khas serta pekerja sesuai bagi produk tidak

Lampiran

Tiada Lampiran.