Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

175) PENGASINGAN SAMPAH

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan dalam melaksanakan program pengasingan sampah mengikut Akta 672.

    a) Akta 672 telah dikuatkuasakan pada 1 September 2011 di seluruh Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan kecuali Labuan, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Kelantan. Setakat ini Kerajaan Negeri Selangor tiada perancangan untuk mengguna pakai akta ini. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa program kitar semula di peringkat PBT. Di samping itu, Kerajaan Negeri telah mendapat penjimatan dari segi pengurusan sampah selepas Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih sepenuhnya pengurusan sisa pepejal daripada syarikat Alam Flora Sdn. Bhd.. Penjimatan kos pengurusan sampah yang didapati Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM53,876,942.41 seperti di Lampiran 1.

    Lampiran 1

     

     

    BIL.

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) SEMASA AFSB SETAHUN (RM) SELEPAS AFSB SETAHUN

    (RM)

    1. MBSA 22,402,126.68 18,909,789.28
    2. MBPJ 60,800,000.00 45,400,000.00
    3. MPSJ 28,270,000.00 20,400,000.00
    4. MPKj 23,040,000.00 16,721,847.60
    5. MPS 29,596,009.67 18,965,196.10
    6. MPK 19,075,296.96 15,135,378.00
    7. MPAJ 18,626,358.60 14,779,440.00
    8. MPSp 7,881,918.00 7,036,237.44
    9. MDKS 4,000,000.00 3,700,000.00
    10. MDSB 3,809,891.00 1,977,240.00
    11. MDHS TIADA BERKAITAN
    12. MDKL 3,202,744.32 3,802,274.40
    JUMLAH 220,704,345.23 166,827,402.82
    JUMLAH PENJIMATAN RM53,876,942.41

    ***sumber: Semua PBT, Negeri Selangor

     

Lampiran

Tiada Lampiran.