Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

63) PENGECUALIAN CUKAI TANAH RUMAH BERHALA PAK MAK LAW SEE KONG MORIB DAERAH KUALA LANGAT SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah keputusan YAB DatoÕ Menteri Besar berkenan surat rayuan permohonan Rumah Berhala Pak Mak Law See Kong Batu 27, Morib, Banting, Daerah Kuala Langat Selangor meminta mengecualikan cukai tanah sebagai rumah ibadat bukan Islam. (No Hak Milik GM No.280, Lot 36, SEK 1, Mukim Morib, Kuala Langat, Selangor ; Rujukan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat : PTK.Lgt D.5 / 230 / IND 2008 SK 1 (21)?

    Cukai tanah telah dijelaskan sepenuhnya pada 21 Januari 2016 berjumlah RM81,121.00. Tuan Pegawai Daerah telah meluluskan permohonan pengecualian fi tunggakan berjumlah RM44,950.20. Tuan tanah adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan tukar syarat kegunaan tanah kepada rumah ibadat untuk mendapatkan kadar cukai tanah nominal.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.