Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

157) PENGECUALIAN KEPERLUAN KEBENARAN MERANCANG

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan semua jenis pembangunan tanah yang dikecualikan daripada keperluan Kebenaran Merancang.

     Melalui Makmal Pembangunan Hartanah (MPH) 2010 yang diadakan pada 1 Mac hingga 9 April 2010, Kerajaan Persekutuan telah memperakukan 22 inisiatif untuk mempercepatkan tempoh masa bagi kelulusan, menambahbaik prosedur dan menyelaras proses permohonan pembangunan

    Salah satu daripada 22 inisiatif yang telah digariskan dalam mempercepatkan proses permohonan pembangunan hartanah adalah Inisiatif 7 : Pengecualian Kebenaran Merancang (Exemption From Planning Approval (ExPA).

    Jenis-jenis pemajuan yang boleh dipertimbangkan pengecualian kebenaran merancang adalah seperti berikut:

    • Pendirian, Perobohan, Pendirian Semula Atau Pengubahan Satu Unit Rumah Kediaman Sesebuah;
    • Pendirian, Perobohan, Pendirian Semula Atau Pengubahan Satu Unit Bangunan Industri Ringan Sesebuah;
    • Pendirian, Perobohan, Pendirian Semula Atau Pengubahan Suatu Bangunan Harta Bersama Dalam Kawasan Perumahan Strata;
    • Pengubahan Untuk Menaik Taraf Dan Membaikpulih Fasad Bangunan; dan
    • Pendirian, Perobohan, Pendirian Semula Atau Pengubahan Suatu Bangunan Utiliti.

    Selain itu, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172), di bawah Seksyen 19(2) berkaitan Larangan terhadap pemajuan tanpa kebenaran merancang    telah    menggariskan   jenis    pemajuan    yang    tidak    memerlukan Kebenaran Merancang adalah seperti Lampiran A.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.