Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

37) PENGEDARAN DAN PENAGIHAN DADAH DI KAMPUNG BARU

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pengedaran dan penagihan dadah semakin hari semakin serius di Kampung Baru Sungai Jarom. Terdapat kes bahawa 2 orang pemuda membunuh diri dalam masa sebulan disebabkan dadah. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk perangi dadah?

    1. Agensi Antidadah Kebangsaan mempunyai tanggungjawab besar iaitu untuk mewujudkan Negara Malaysia Yang Bebas dari Ancaman Gejala Dadah Menjelang Tahun 2015 bagi Menjamin Kesejahteraan Hidup Masyarakat dan Mengekalkan Kestabilan dan Ketahanan Nasional. Hasrat ini akan dicapai melalui Objektif Dasar Dadah seperti berikut :

     

    1.1 Mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah

    1.2 Merawat dan memulih penagih dadah

    1.3 Mencegah penagihan semula

    1.4Membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah

     

    1. PROGRAM PENCEGAHAN AWALAN DAN UMUM

     

    Agensi Antidadah Daerah sentiasa memastikan bahawa objektif dasar dadah Negara dalam menghapuskan bekalan dadah dan permintaan kepada dadah sehingga mewujudkan IPTA / IPTS dan Sekolah Bebas Dadah, Tempat Kerja Bebas Dadah,  Keluarga Bebas Dadah serta Masyarakat Bebas Dadah tercapai melalui program-program yang dijalankan di IPTA / IPTS, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Tempat Kerja sama ada kerajaan atau swasta, kawasan perumahan dan perkampungan seluruh daerah Kuala Langat termasuk kawasan Kampong Baru Sungai Jarom.

     

    Antara Program yang dijalankan adalah Pameran Antidadah, Penyebaran Maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah serta bahaya dadah melalui edaran risalah dan poster, Ceramah Bahaya Najis Dadah, Program Mendekati Masyarakat, Program Jelajah AADK, ujian urin, Tayangan Antidadah yang memaparkan kesengsaraan penagihan dadah, Kaunter Khidmat Nasihat di mana seseorang yang mempunyai masalah berkaitan dengan dadah sama ada masalah yang berlaku terhadap keluarganya, rakan, jiran, atau dirinya sendiri, serta LDK (latihan dalam kumpulan) di mana slot ini mengajar seseorang bagaimana untuk tidak terlibat dengan dadah seterusnya mengatakan tidak kepada dadah. Selain itu, perkongsian pengalaman juga turut diadakan di antara bekas penagih dadah / HIV bersama pelajar IPT atau masyarakat umum.

     

    1. MERAWAT DAN MEMULIH PENAGIH DADAH SERTA MENCEGAH PENAGIHAN SEMULA

     

    Tanggungjawab merawat dan memulih penagih-penagih dadah adalah selaras dengan peruntukan Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 berasaskan kepada falsafah bahawa  penagih-penagih dadah adalah pesakit yang memerlukan rawatan & pemulihan. Oleh yang demikian, AADK memegang dasar yang mewajibkan setiap individu yang telah dikenal pasti sebagai penagih dadah menjalani program rawatan & pemulihan sehingga mereka bebas daripada pergantungan fizikal & psiko logikal terhadap dadah dan seterusnya mengintegrasikan semula mereka ke dalam masyarakat sebagai seorang insan yang insaf, berguna dan produktif.

     

    Pada masa ini, AADK melaksanakan 2 kaedah rawatan & pemulihan iaitu Pemulihan dalam institusi & Pemulihan dalam Komuniti.

     

    3.1      Pemulihan Dalam Institusi

     

    Program ini dilaksanakan bagi penagih dadah yang ditempatkan di Pusat Serenti. Komponen-komponen yang diamalkan di Pusat Serenti adalah merangkumi :

    -Detoksifikasi, rawatan perubatan dan kesihatan

    -Pemulihan fizikal

    -Pemulihan psiko logikal & mental

    -Agama & Moral

    -Latihan Kemahiran

    -Sosial & rekreasi

    -Sivik & tatanegara

    -Integrasi semula kawalan masyarakat.

     

    Antara modaliti program pemulihan dalam institusi adalah seperti berikut:

    -Modaliti Terapi Bersepadu ( Psikososial)

    -Modaliti Terapi Kekeluargaan

    -Modaliti Tempat Kerja

    -Modaliti Keinsafan diri

    -Modaliti Waja Insan

     

    3.2      Pemulihan Dalam Komuniti

     

    Pemulihan dalam komuniti menempatkan penyalahgunaan dan penagih dadah yang tidak mengalami masalah pergantungan dadah yang serius dan bermotivasi tinggi untuk pulih serta sokongan sosial yang baik boleh membantu mereka ke arah kepulihan.

    Bagi pemulihan dadah dalam komuniti, orang yang diawasi hendaklah melaporkan diri kepada pegawai pemulihan dan mengikuti program pemulihan yang mengandungi aktiviti-aktiviti seperti kaunseling individu, kelompok, dan keluarga, Penempatan dalam pekerjaan / latihan, Kemahiran mencegah penagihan semula, Pendedahan kepada riadah yang sihat, Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan, mengeratkan hubungan dengan keluarga serta aktiviti sokong Bantu.

     

    Selain itu, orang yang diawasi juga akan mengikuti program kaunseling kepulihan melalui rancangan pemulihan klien yang disediakan oleh pegawai pemulihan berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh klien dalam tempoh masa yang ditentukan. Ujian urin juga dijalankan setiap kali orang yang diawasi atau klien hadir melaporkan diri kepada pegawai pemulihan AADK bagi memastikan klien bebas dadah serta program yang diikuti berjaya. Sekiranya klien dikenal pasti menagih semula maka program Relapse Prevention akan dijalankan kepada klien.

     

    Antara khidmat program pemulihan dalam komuniti juga adalah seperti berikut ;  – Pusat Khidmat

    • Pembimbing Rakan Sebaya
    • Kumpulan Sokong Bantu

     

    AADK juga menyediakan program khidmat nasihat dan kaunseling kepada penagih yang secara sukarela untuk berubah sama ada melalui kemasukan ke Pusat Serenti Sukarela (PERSADA) Sungai Besi atau pengawasan secara sukarela dalam komuniti.

     

    1. PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI DAERAH KUALA LANGAT

    Sepanjang tahun 2008 AADK Daerah Kuala Langat telah melaksanakan pelbagai program pencegahan sepanjang bagi menggerakkan masyarakat supaya bangun menentang penyalahgunaan dadah. Program-programnya adalah seperti berikut :

     

    • Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Publisiti

     

    • Sebanyak 63 program berbentuk ceramah Antidadah, Tayangan Antidadah, Pameran Antidadah, Kaunter Khidmat Nasihat, Pengedaran Risalah / Poster di seluruh daerah..

     

    • Sebanyak 43 program publisiti di merata tempat dalam daerah.

     

    • Sebanyak 4 Sesi ujian air kencing di Madrasah Didikan

    Keagamaan

     

    • Sebanyak 4 sesi ujian air kencing secara rambang di adakan di Pusat Latihan Khidmat Negara.

     

    • Pendidikan Pencegahan Dadah di Institusi Pendidikan.

     

    • Sebanyak 81 Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di IPTA / IPTS, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.

     

    • Sebanyak 9 sesi Ujian Air Kencing di IPTA /IPTS

     

    • Sebanyak 17 sesi Ujian Air Kencing Sekolah Menengah

     

    • Sebanyak 17 sesi Ujian air kencing Sekolah Menengah

     

     

    • Pendidikan Pencegahan Dadah di Tempat Kerja Kerajaan / Swasta.

     

    • Sebanyak 23 aktiviti berbentuk ceramah Antidadah, Tayangan Antidadah, Pameran Antidadah, Kaunter Khidmat Nasihat, Pengedaran Risalah / Poster.

     

    • Sebanyak 18 sesi Ujian Air Kencing telah di adakan.

     

         Rawatan dan Pemulihan

    Sepanjang tempoh tahun 2008, sebanyak 14 Program Pendidikan Pencegahan Semula / Relapse Prevention telah di adakan kepada kes-kes pengawasan daerah ini bagi membolehkan mereka mengekalkan kepulihan.

     

    • Sebanyak 327 sesi lawatan pegawai ke rumah kes pengawasan di seluruh daerah.

     

    • 1195 sesi melapur diri oleh kes pengawasan untuk menjalani program pemulihan di pejabat AADK Daerah.

     

    • Sebanyak 74 sesi ujian air kencing kepada pes pengawasan.

     

    1. Menyentuh tentang soalan yang telah di kemukakan oleh Y.B Tuan Phillip Tan Choon Swee, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Teluk Datuk, AADK Daerah Kuala Langat telah mengadakan seperti berikut di kawasan Sg Jarom / Jenjarom.:

     

    • 02.2008 Ujian Air Kencing terhadap 20 orang pelajar SMK Jenjarom.

     

    • 02.2008 Program Pendidikan Pencegahan Dadah merangkumi aktiviti seperti berikut telah di adakan di SMK Jenjarom :
      • Ceramah Antidadah – Pameran Antidadah
      • Tayangan Antidadah
      • Pengedaran Risalah dan Poster
      • Kaunter Khidmat Nasihat

     

    • 08.2008 Kempen Pencegahan Jenayah. Dalam Program tersebut AADK Daerah Kuala Langat telah mengadakan aktiviti seperti berikut :
      • Ceramah Antidadah – Pameran Antidadah
      • Tayangan Antidadah
      • Pengedaran Risalah dan Poster
      • Kaunter Khidmat Nasihat

     

    • 09.2008 Majlis Tadarus Al-Quran dan Kempen Antidadah telah di adakan di Surau Taman Sejahtera, Jenjarom.Program ini diadakan sempena bulan Ramadhan.

     

    1. Kesimpulan

    Semoga dengan perancangan dan perlaksanaan aktiviti pendidikan pencegahan dadah di peringkat Daerah, Negeri dan Negara maka Negara kita dapat di bebaskan dari belenggu najis dadah menjelang tahun 2015.

     

    JAWAPAN DARIPADA PDRM

     

    1. a) Pada tahun 1983, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Kempen Anti Dadah Kebangsaan dan mengisytiharkan dadah sebagai musuh no. 1 negara. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM telah menyusun strategi dalam meningkatkan pembanterasan ke arah pengurangan bekalan dan permintaan dadah melalui:

     

    • Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah ke arah pengurangan bekalan dadah melalui:-

     

    • Akta Dadah Berbahaya 1952

     

    Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengawal pengimportan, pengeksportan pengilangan dan penjualan dadah berbahaya tertentu:

     

    • Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan khas)1985

     

    Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai Tahanan Pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti berhubung dengan,atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.

     

    • Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah Ke Arah Pengurangan Permintaan Dadah

     

    • Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983

     

    Menangkap orang yang disyaki penagih dadah dan selepas disahkan sebagai penagih oleh pihak hospital mereka akan dimasukkan ke pusat Pemulihan untuk menjalani rawatan selama 2 tahun dengan arahan mahkamah.

     

     

    TANGKAPAN ADB, LLPK DAN APD (RAWATAN & PEMULIHAN) 1983 BAGI

    TAHUN 2008 DI SELANGOR

     

     

    ADB

     

     

    LLPK

     

    APD (R&P)

     

     

     

    10,235

     

     

    163

     

     

    7283

     

     

     

    Nota:

    ADB                 –          Akta Dadah Berbahaya

    LLPK               –          Langkah-Langkah Pencegahan Khas

    APD (R&P)       –           Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan)

Lampiran

Tiada Lampiran.