Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

94) PENGELUARAN GERAN TANAH DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jumlah Geran-geran Tanah yang dikeluarkan dalam tempuh tahun 2008 hingga akhir 2017 mengikut kategori: (i) Tapak Rumah Kampung (ii) Tapak Projek Perumahan (iii) Tapak Perindustrian & (iv) Tanah Pertanian

    Untuk makluman Yang Berhormat Dusun Tua, hasil semakan melalui Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB), jumlah hakmilik yang dikeluarkan dalam tempoh 2008 hingga 2017 bagi kategori pertanian adalah sebanyak 34,092 hakmilik, kategori bangunan sebanyak 554,430 hakmilik dan perusahaan/ perindustrian sebanyak 24,590

    Berdasarkan kepada rekod SPTB, bagi tapak rumah kampung dan projek perumahan dengan syarat nyata kediama, ianya adalah berada di dalam satu kategori iaitu Bangunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.