Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

80) PENGELUARAN PASIR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Beberapa tempat sepanjang Sungai Langat seperti berhampiran jambatan UKM dan berdekatan Seksyen Tiga Bandar Baru Bangi dan Bangi Lama berlaku pengeluaran pasir berterusan. Adakah pengeluar-pengeluar pasir ini berlesen

    Pengusaha-pengusahapasir tersebut mempunyai permit yang dikeluarkan oleh
    Pejabat Tanah Hulu Langat dan telah mendapat kebenaran khas daripada
    Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hulu Langat bagi kerja-kerja
    membersihkan, menggali, mendalamkan dan membaiki semula tebing sungai
    serta kerja-kerja mengeluarkan bahan batuan dan kelodak bagi mengelakkan
    banjir musim tengkujuh.

Lampiran

Tiada Lampiran.