Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

130) PENGELUARAN WARTA HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur yang perlu dipatuhi untuk mengeluarkan sesuatu warta hutan simpan?

    Pihak Kerajaan Negeri Selangor telah menambah baik Seksyen 11 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 pada A23 berdasarkan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2011 dengan memasukkan proviso “semua pengeluaran Hutan Simpanan Kekal perlu melalui Kaedah Penyiasatan Awam seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri” iaitu seperti di Carta Alir yang di Lampiran 2.

    Sebagai makluman, negeri Selangor adalah merupakan negeri pertama dan satu-satunya negeri di Malaysia yang telah menguatkuasakan Kaedah Penyiasatan Awam sebagai syarat di dalam prosedur penyahwartaan Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Lampiran

Tiada Lampiran.