Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

120) PENGEMASKINIAN DATA GUNATANAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pada 18 Mei 2011 Jawatankuasa Surau Taman Prima Selayang telah dimaklumkan secara bertulis oleh Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bahawa Lot 1244 Taman Prima Selayang tidak dapat disokong untuk pembinaan surau oleh kerana tapak yang dipohon adalah kawasan rizab gerai sedangkan di atas tapak yang sama sedang dibangunkan kilang menyimpan bahan sejuk beku kepunyaan individu. Apakah norma masa yang diambil untuk mengemas kini data tanah dalam sistem Pihak Berkuasa Tempatan setelah sesuatu perubahan status kepada tanah dilakukan.

    Pihak PBT hanya menggunakan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan sebagai rujukan menetapkan zoning gunatanah. Sesuautu lot tanah yang hendak dibuat perubahan status gunatanah wajib mematuhi zoning gunatanah yang telah ditetapkan di dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

    Bagi MPS yang telah mempunyai Rancangan Tempatan MPS 2020. Setiap pemilik tanah yang ingin membuat perubahan status gunatanah mestilah mematuhi zoning gunatanah yang telah ditetapkan didalam Rancangan Tempatan MPS 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.