Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

158) PENGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Huraikan status semasa Penggerak Belia Tempatan (PeBT)

    Sehingga 12 Jun 2013, status Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang masih aktif adalah 230 orang. Seramai 289 orang dilantik bagi sesi 2012/2013 dan akan tamat pada 19 Januari 2014. Setiap pengerusi mewakili setiap zon di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam Jawatankuasa Induk Penggerak Belia Tempatan (PeBT) – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    Penggerak Belia Tempatan (PeBT) masih lagi ditubuhkan selaras dengan hasrat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dalam usaha menggerakkan programprogram pembangunan belia secara menyeluruh di seluruh negeri Selangor. Ia juga bertindak sebagai jentera pelaksana kerajaan negeri dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi.

Lampiran

Tiada Lampiran.