PENGERUSI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG

32) PENGERUSI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bagaimanakah pencapaian prestasi Pengerusi JKKK Kampung tradisi , Kampung Baru dan Bagan serta Kampung tersusun ?

    1. Pencapaian prestasi Ketua-Ketua Kampung Tradisi telah dinilai mengikut proses penilaian prestasi Ketua Kampung Negeri Selangor yang telah dirancang dan ditetapkan berdasarkan kriteria-kriteria dan prosedur penilaian. Berdasarkan penilaian prestasi Ketua Kampung Negeri Selangor yang dinilai, hampir semua Ketua Kampung Negeri Selangor melaksanakan tugas dengan cemerlang dan baik. Mereka juga memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat tinggi dalam tugas harian ataupun tugas semasa ke semasa selain mempunyai rekod peribadi yang baik dan bersih. Secara purata, prestasi Ketua-Ketua Kampung berada pada tahap 85%. Dengan prestasi yang ditunjukkan, Kerajaan Negeri berkeyakinan Ketua-Ketua Kampung yang dilantik ini mampu untuk membawa agenda perubahan yang dirangka oleh Kerajaan

    Sementara itu, bagi Pengerusi JKKK Kampung Baru / Bagan /  Tersusun, penilaian prestasi telah dijalankan pada Jun 2010 dan majoriti Pengerusi JKKK berada di tahap yang memuaskan. Hasil daripada keputusan penilaian tersebut, Kerajaan Negeri telah menyenaraikan calon-calon Pengerusi JKKK  yang  baru dan dibentangkan di MMKN ke 3/2011 yang diadakan pada 19 Januari 2011. MMKN telah menimbang dan meluluskan pengekalan dan  penggantian  Pengerusi JKKK Kampung Baru / Bagan / Tersusun Negeri Selangor                                                        bagi tahun 2011/2012, yang mana seramai 9 orang Pengerusi JKKK yang baru akan dilantik dan 68 orang Pengerusi JKKK yang lama                                                                  dikekalkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.