Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

244) PENGERUSI PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria dan prosedur lantikan Pengerusi PeBT?

    Penggerak Belia Tempatan (PeBT) ditubuhkan selaras dengan hasrat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dalam usaha untuk melahirkan kepimpinan belia yang berwibawa sebagai ejen perubahan kepada golongan belia di Negeri Selangor dan bertindak sebagai jentera pelaksana Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi.

     

    Sehubungan  dengan   itu,    kriteria    bagi    pelantikan   Pengerusi   dan    Ahli Jawatankuasa PeBT Peringkat Zon adalah sebagaimana berikut :-

    1. Warganegara Malaysia;

     

    1. Berumur di antara 16 hingga 30 tahun semasa tarikh pelantikan dibuat;

     

    • Boleh berkomunikasi   dan   menulis   dalam   Bahasa   Kebolehan dalam Bahasa Inggeris adalah sangat digalakkan;

     

    1. Mempunyai masa,     tenaga    dan    bertanggungjawab   dalam pembangunan belia di kawasannya;

     

    1. Aktif dalam berpersatuan dan penduduk kampung (boleh terdiri daripada penjawat awam);

     

    1. Berkelakuan baik dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah;

     

    • Ahli Jawatankuasa mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) wanita atau 30% daripada jumlah jawatan;

     

    • Ahli keluarga atau mempunyai pertalian persaudaraan rapat dengan Pengerusi PeBT peringkat Zon tidak dibenarkan untuk dilantik sebagai Timbalan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa PeBT peringkat Zon tersebut;

     

    • Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa diwajibkan bermastautin di kawasan Zon tersebut semasa pelantikan; dan

     

    • PeBT yang telah digugurkan atau telah meletak jawatan tidak layak untuk memohon atau dicalonkan pada penggal yang

     

    Manakala prosedur lantikan Pengerusi PeBT adalah berdasarkan kepada Tatacara Pelantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PeBT Peringkat Zon sebagaimana berikut :-

Lampiran

Tiada Lampiran.