Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

17) PENGESAHAN RASMI DARI AHLI DEWAN NEGERI BAGI PROJEK MENAIKTARAF DAN MEMBAIKPULIH INFRASTRUKTUR SUKAN DI KAWASAN DEWAN NEGERI SELANGOR BAGI TUJUAN SEMAK DAN IMBANG

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah tiada pengesahan rasmi dari Ahli Dewan Negeri kepada pihak Seksyen Sektoral Unit Perancangan dalam proses mengemukakan senarai cadangan kerja-kerja baikpulih infrastruktur sukan di kawasan Dewan Negeri?

    Untuk makluman Yang Berhormat, program pembaikan kemudahan sukan di peringkat Dewan Negeri adalah bagi memastikan kemudahan sukan yang telah rosak dapat dinaiktaraf untuk digunakan oleh masyarakat setempat sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kesukanan dan riadah ke arah melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan berdaya saing.

    Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM40,000.00 kepada setiap Dewan Negeri bagi Projek Menaiktaraf dan Membaikpulih Kemudahan Sukan.

    Pemilihan untuk kelulusan projek ini adalah mengikut tahap kerosakan yang terdapat pada kemudahan tersebut. Berdasarkan amalan semasa, pihak DUN akan mengemukakan permohonan untuk projek menaiktaraf dan baikpulih kemudahan sukan kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah untuk diangkat ke peringkat Kerajaan Negeri.

     

    Proses Kerja untuk pertimbangan Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Kemudahan Sukan peringkat Dewan Negeri adalah sebagaimana jadual berikut:-

     

    BIL. PROSES KERJA  

    TINDAKAN

     

     

    CATATAN

    1. Ahli Dewan Negeri (ADN) atau Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) mengemukakan senarai permohonan Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)  

    Pejabat ADN atau PKM

     
    2. PDT mengemukakan permohonan projek kepada pihak Seksyen Sektoral untuk mendapat kelulusan

    (Beserta Bill of Quantity (BQ) yang lengkap)

     

    Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)

     

    Merujuk kepada BQ yang ditetapkan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)
    3. Menerima permohonan lengkap daripada PDT  

     

     

    Seksyen Sektoral

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    Seksyen Sektoral

     

     
    4. Meneliti dan membuat semakan permohonan yang diterima daripada pihak yang berkenaan
    5. Menyediakan Minit Sokongan kepada YB EXCO untuk kelulusan projek
    6. Menyediakan Minit Ceraian untuk mendapat kelulusan penyaluran Waran kepada semua PDT bagi peruntukan ADN sebanyak RM40,000.00 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,240,000.00 Sumber peruntukan :-

    i.      1/3 daripada 30 peratus (%) jumlah peruntukan Projek Kecil di bawah peruntukan Y.B. Ahli Dewan Negeri

    ii.     RM40,000.00 daripada peruntukan P01-07002 (Menaiktaraf Infrastruktur Sukan)

    7. Mengeluarkan Surat Kelulusan Berbelanja kepada PDT yang berkenaan  
    8. PDT perlu memohon kelulusan Perbendaharaan Negeri untuk pembayaran melebihi RM50,000.00 bagi setiap satu projek kecil pembangunan.  

     

    Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)

     

     

    Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil 1 Tahun 2019 – Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri Selangor
    9. Memproses perolehan secara Sebut Harga dan mematuhi dasar serta tatacara perolehan yang sedang berkuat kuasa Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.1 – Kaedah Perolehan Kerajaan dalam perkara 7 (iii)
    10. Menerima Surat Setuju Terima (SST) dan Bill of Quantity (BQ) daripada Jabatan berkenaan untuk tujuan penyaluran peruntukan  

     

     

    Seksyen Sektoral

    Penyaluran peruntukan berdasarkan kos sebenar pada SST
    11. Menyediakan surat pemakluman penyaluran peruntukan kepada Jabatan berkenaan  
    12. Memproses bayaran bagi kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Kontraktor yang dilantik Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)  
    13. Mendapatkan Laporan Projek yang telah siap daripada Jabatan berkenaan Seksyen Sektoral  

Lampiran

Tiada Lampiran.