Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

76) PENGGABUNGAN (AMALGAMATION) TANAH PN 8623 LOT 49365 MUKIM PETALING DAN PM 130 LOT 37563 MUKIM DAMANSARA YANG DIPINDA SEMPADAN KE MUKIM BANDAR SUNWAY

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah MMKN akan meluluskan permohonan penggabungan (amalgamation) Tanah PN 8623 Lot 49365 Mukim Petaling dan PM 130 Lot37563 Mukim Damansara yang pada 21.9.2017 telah diluluskan pindaan sempadan oleh MMKN Negeri Selangor Ke 31/2017 ke Mukim Bandar Sunway?

    MMKN ke 20/2018 bertarikh 11 Julai 2018 telah meluluskan permohonan serahbalik dan berimilik semula tanah ke atas empat (4) hakmilik iaitu PN 8623 Lot 49360 dan PN 8624 Lot 49365 Mukim Petaling, PM 130 Lot 37563 Mukim Damansara dan PM 2396 Lot 18108 Bandar Sunway, Daerah Petaling bagi tujuan penyatuan tanah.

    Walaubagaimanapun, terdapat pindaan kecil ke atas kelulusan MMKN 20/2018 tersebut yang melibatkan perihal jenis hakmilik dan jenis suratmilik. Sehubungan itu, surat permohonan pindaan telah pun dikeluarkan pada tarikh 14 Ogos 2018 dan masih menunggu surat kelulusan oleh pihak MMKN.

Lampiran

Tiada Lampiran.