Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

101) PENGGABUNGAN SYARIKAT-SYARIKAT AIR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dasar penswastaan keperluan asas rakyat seperti air, elektrik serta perubatan telah meningkatkan beban kehidupan rakyat. Kerajaan negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk menghakmilik negerikan bekalan air . Apakah status terkini proses penggabungan syarikat-syarikat yang terlibat dengan pengurusan air di Negeri Selangor?

    Proses penggabungan atau penstrukturan semula syarikat-syarikat air di Negeri
    Selangor masih di peringkat perundingan terma, syarat-syarat dan penawaran harga
    oleh peneraju iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
    Sehingga kini, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan beberapa siri
    perbincangan mengenai pelan penstrukturan semula, penilaian aset-aset bekalan air
    dan semakan ke atas model kewangan yang bersesuaian.
    Selain itu juga, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan satu panel
    khas bagi membuat penilaian ke atas kos yang terlibat bagi tujuan penstrukturan semula
    industri perkhidmatan air di negeri Selangor. Ahli-ahli panel yang menganggotai panel
    khas ini terdiri daripada golongan profesional dari pelbagai bidang iaitu perundangan,
    kewangan dan ahli perniagaan yang akan memberi nasihat kepada Pentadbiran
    Kerajaan Negeri terutama dari segi kos yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.