Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

151) PENGGANGGURAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kadar pengangguran terkini di Negeri Selangor selepas kesan ekonomi global telah menyebabkan pengusutan yang agak signifikan pada beberapa sektor pembuatan.

    Berdasarkan Laporan Ekonomi Negeri Selangor 2009, pengangguran bagi Negeri Selangor pada tahun 2009 adalah pada kadar 3.6% berbanding 3.2% pada tahun 2008. Peningkatan ini adalah kesan daripada kemelesetan ekonomi global yang melanda negara pada penghujung tahun 2008 sehingga kini. Sektor pembuatan dan perkilangan merupakan sektor utama yang terkena tempias penyusutan aktiviti import dan eksport negara. Oleh yang demikian, peningkatan pengangguran ini juga berpunca daripada faktor kehilangan pekerjaan dari kalangan yang telah bekerja sebelum ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.