Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

35) PENGGANTIAN PAIP AIR LAMA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jarak paip air lama yang siap diganti dan baki yang masih belum diganti serta kos perbelanjaan keseluruhan?

    Bagi program penggantian paip sepanjang 438 km yang telah bermula dari tahun 2016, sepanjang 365.16 km telah siap diganti manakala baki 72.84 km akan siap secara berperingkat sehingga pertengahan tahun 2020. Bagi tahun 2019, sepanjang 168 km lagi telah dikenalpasti dan sedang dalam peringkat rekabentuk dan tender. Jumlah peruntukan keseluruhan bagi program penggantian paip tahun 2016 hingga 2019 adalah sebanyak RM 526 juta

Lampiran

Tiada Lampiran.