Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

186) PENGGANTIAN PAIP AIR USANG DI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila jelaskan tentang status terkini penggantian paip usang di bawah negeri Selangor, termasuk peratusan paip usang yang telah ditukar dan masih perlu ditukar bagi memastikan menghentikan gangguan bekalan air di bawah Selangor

    Air Selangor telah dan sedang melaksanakan program tahunan bagi penggantian paip dari tahun 2016 sehingga 2020 melibatkan paip jenis Abestos Cement (AC) yang telah usang sepanjang 711 km dan panjang paip yang telah siap diganti sehingga Mei 2020 adalah sepanjang 294 km. Berdasarkan kepada statistik Air Selangor setakat 31 Mei 2020, masih terdapat 6,196 km paip jenis AC di dalam sistem agihan yang usang dan perlu diganti.

Lampiran

Tiada Lampiran.