Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

1) PENGGANTIAN PAIP SYABAS JENIS AC

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Paip Syabas jenis AC yang telah usang menyebabkan berlakunya paip pecah. Apakah status terkini penggantian paip-paip lama di seluruh Selangor dan kosnya?

    Untuk tahun 2016, RM125 juta telah diluluskan dan penggantian paip sedang dilaksanakan, manakala bagi tempoh 2017 sehingga 2019, RM248 juta akan dicadangkan untuk pelaksanaan dalam Pelan Perniagaan 2017-2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.