Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

206) Penggantian Paip Usang Di Kg Chempaka

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Air Selangor telah menyenaraikan kawasan Kg. Chempaka (paip utama : PJU1/4, PJU 1/11 dan PJU 1/13) sebagai hotspot bagi penggantian paip usang?

    Air Selangor dalam peringkat mengenalpasti kawasan-kawasan kritikal untuk disenaraikan dalam Program Penggantian Paip 2021, yang tertakluk kepada kritikaliti sesuatu kawasan dan peruntukan kewangan semasa.

    Salah satu hotspot yang dicadangkan dalam Program Penggantian Paip 2021 termasuk Jalan PJU 1/4. Manakala Jalan PJU 1/11 dan PJU 1/13 pula tidak tersenarai di dalam senarai keutamaan untuk tahun 2021 kerana kadar kekerapan paip pecah adalah tidak kritikal untuk penggantian paip usang.

    Mengikut rekod Air Selangor, bilangan kes paip pecah di 3 jalan utama adalah seperti berikut:

    *Data sehingga 31 Oktober 2020

Lampiran

Tiada Lampiran.