Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

196) PENGGERAK BELIA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah matlamat Penggerak Belia Selangor yang dilantik?

    Penggerak Belia Tempatan (PeBT) ditubuhkan selaras dengan hasrat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dalam usaha menggerakkan program-program pembangunan belia secara menyeluruh di seluruh Negeri Selangor.

    PeBT bertindak sebagai jentera pelaksana Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi.

Lampiran

Tiada Lampiran.