Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

129) PENGGERAK BELIA TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Jawatankuasa Belia dan Sukan dalam menggerakkan golongan belia melalui Penggerak Belia Tempatan?

    Penggerak Belia tempatan (PeBT) merupakan jentera utama dalam menggerakkan program-program belia dan dasar-dasar Kerajaan Negeri di peringkat akar umbi. Sehubungan itu, pelbagai perancangan dirangka oleh Jawatankuasa Tetap Belia Dan Sukan dalam menggerakkan belia bagi tujuan tersebut.

     

    Selaras dengan kehendak YAB Dato’ Menteri Besar untuk membangunkan sukan Selangor dari akar umbi, Liga PeBT telah dirancang untuk mencari bakat-bakat sukan di peringkat kampung untuk diketengahkan ke peringkat nasional.

     

    Dari aspek kebajikan dan kesukarelawan PeBT akan dilibatkan dengan program Youth In Community yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri setelah penubuhan PeBT peringkat zon selesai.

     

    Memandangkan peluang pekerjaan kini semakin berkurangan, Kerajaan Negeri turut merancang untuk membangunkan ekonomi belia dengan menubuhkan koperasi belia.  Projek pertama koperasi belia ini akan memfokuskan kepada bidang pertanian dan dijangka Sabak Bernam akan menjadi pilihan.  Sebab utama koperasi belia dicadangkan kerana melalui koperasi belia dapat membuat perhubungan rantaian nilai, modal , pemasaran dan pengagihan.  Gabungan kesemua faedah ini dapat membantu belia menjana pendapatan melalui bidang pertanian di samping mendapat faedah dividen daripada saham yang dilaburkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.