Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

88) PENGGERAK BELIA TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan telah meluluskan pada 17 Jun 2009 peruntukan sebanyak RM2,822,400 setahun bagi tujuan PeBT. Berapa banyakkah dari peruntukan ini akan diagihkan untuk menjalankan program dan berapa banyak pula untuk membayar elaun?

    Tujuan penubuhan Penggerak Belia Tempatan adalah untuk menjalankan programprogram pembangunan belia di peringkat akar umbi di seluruh negeri Selangor. Oleh
    yang demikian setiap zon diperuntukkan sebanyak RM 5,000 setahun bagi penganjuran
    program yang berskala kecil. Manakala dari segi bayaran elaun, kerajaan negeri telah
    memperuntukkan sebanyak RM 400 sebulan, yang mana RM 300 adalah elaun
    perjalanan serta menghadiri mesyuarat, dan RM 100 adalah elaun mengurus yang
    mana ia digunakan untuk urusan pengurusan ahli jawatankuasa PeBT zon tersebut. RM
    400 ini diberikan secara bulanan kepada setiap zon.

Lampiran

Tiada Lampiran.