Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

69) Penggerak Belia Tempatan Negeri Selangor

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menambahbaik proses pemilihan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Negeri?

    Kerajaan Negeri dalam merancang untuk menstruktur semula program PeBT termasuk proses pelantikan PeBT dan penambahbaikan bagi buku Garis Panduan PeBT Selangor. Cadangan ini adalah bagi memperkasakan PeBT Selangor setelah lebih 10 tahun penubuhannya. Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda Negeri Selangor bersama Majlis Sukan Negeri Selangor telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan PeBT. Bengkel tersebut khusus bagi membincangkan dan mengenal pasti tindakan yang perlu dilaksanakan terhadap proses penambahbaikan program PeBT termasuk kaedah pemilihan Penggerak Belia Tempatan (PeBT).

Lampiran

Tiada Lampiran.