Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

163) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status kemajuan semua PeBT di Selangor?

    Kemajuan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di Selangor menunjukkan peningkatan yang lebih positif dalam menyumbangkan idea-idea untuk menggerakkan generasi muda dan juga dengan penglibatan mereka dalam program-program pembangunan generasi muda. Untuk makluman, bagi tahun 2016 sehingga 2017, PeBT dilantik di kalangan generasi muda yang berumur  30 tahun ke bawah yang amat sesuai dengan peredaran masa dan keperluan generasi muda pada masa kini.

    Pada April yang lepas, Penggerak Belia Tempatan melalui Kerajaan Negeri dan Bahagian Pembangunan Belia, Majlis Sukan Negeri Selangor telah bekerjasama dengan Selangor Youth Community (SAY) di dalam satu program yang bernama “Say Ignite” yang merupakan sebuah inisiatif yang dinaungi oleh DYTMM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Shah Al Haj dan PeBT merupakan rakan strategik SAY dalam membangun generasi muda di peringkat akar umbi.

    Di samping itu, PeBT juga bergerak aktif di setiap daerah Selangor dalam menyantuni generasi muda dan komuniti setempat untuk menguruskan sendiri bagi pelaksanaan program Kerajaan Negeri iaitu bagi penganjuran Pesta Sukan Gen-S yang dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan seterusnya Grand Final Pesta Sukan Gen-S 2017 di peringkat Negeri Selangor pada 21 Oktober 2017.

    Program-program yang telah dijalankan di peringkat Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sebagaimana berikut:

    Bil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Program Jumlah

    (RM)

    1. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 36 47,700.00
    2. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 13 39,900.00
    3. Majlis Perbandaran Klang (MPK) 6 33,165.00
    4. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 15 67,000.00
    5. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 16 30,320.00
    6. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 13 30,917.20
    7. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 10 23,707.00
    8. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 57 86,033.25
    9. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 31 94,440.00
    10. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 15 35,250.00
    11

    .

    Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 35 66,068.03
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 24 52,510.00
    Jumlah Keseluruhan 271 545,325.48

Lampiran

Tiada Lampiran.