Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

37) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah perlantikan PeBT akan dibuat bagi penggal ini? Nyatakan penggal baru dan tempoh setiap penggal bagi PeBT.

    Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Penggerak Belia Tempatan (PeBT)  bertujuan untuk melahirkan kepimpinan belia yang berwibawa yang dapat menjadi ejen perubahan kepada golongan belia di Negeri Selangor serta bertindak sebagai jentera pelaksana Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi.

    Sehubungan itu, pelantikan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) bagi sesi 2016/2018 adalah berkuatkuasa pada 1 Jun 2016 sehingga 31 Mei  2018. Pelantikan ini dibuat oleh Kerajaan Negeri  setiap dua (2) tahun sekali. Walau bagaimanapun, setiap PeBT yang dilantik diberi tempoh percubaan selama 3 bulan untuk menunjukkan prestasi masing-masing dan akan digugurkan sekiranya gagal serta pelantikan baru akan dibuat bagi menggantikan PeBT yang telah digugurkan.

    PENDEKATAN        PENGGERAK          BELIA            TEMPATAN (PeBT)             DALAMPEMBANGUNAN GOLONGAN BELIA

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM120,000.00 setahun kepada PeBT melalui setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menjalankan program-program PeBT mengikut 10 teras yang telah digariskan dalam Dasar Belia Selangor  untuk pembangunan belia sebagaimana berikut :-

    • Pendidikan Dan Latihan Kemahiran
    • Keusahawanan Dan Pekerjaan
    • Kepimpinan Dan Organisasi
    • Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
    • Kemasyarakatan, Jaringan Dan Kesukarelawanan
    • Kesejahteraan Dan Kesihatan
    • Sukan Dan Kecergasan
    • Agama Dan Akhlak
    • Kebudayaan Dan Kesenian
    • Pengantarabangsaan

    Antara program-program yang telah dilaksanakan di peringkat PeBT adalah sebagaimana berikut :-

    • Program Motivasi Remaja “Ting Wen” ii. Karnival Gaya Hidup Sihat iii.       Kempen Mencegah Jenayah iv.       Malaysiaku Merdeka #Pray4ummah
    • Liga Sukan Selangor Plus Peringkat DUN vi. Bengkel Usahawan Muda Online vii.      Kem Anak Muda Islam viii.          Himpunan Anak-anak Muda Selangor

    SELANGOR YOUTH COMMUNITY

    Selangor Youth Community ditubuhkan khas di atas inisiatif DYTM Raja Muda Selangor  untuk memberdayakan generasi muda Selangor. Untuk makluman, buat masa ini tiada kolaborasi di antara Kerajaan Negeri dan Selangor Youth Community.  Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor amat mengalualukan inisiatif ini dan sedia bekerjasama demi pembangunan Generasi Muda Selangor pada masa akan datang.

    PENYERTAAN DALAM PROGRAM PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)MENGIKUT PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

    Jumlah peserta yang telah mengikuti program-program PeBT pada tahun 2015 mengikut PBT adalah seperti berikut :-

    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PESERTA
    1 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 14,400
    2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 12,586
    3 Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 6,130
    4 Majlis Perbandaran Klang (MPK) 20,000
    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)  

    PESERTA

     

    5 Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) 8,100
    6 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 10,000
    7 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 18,000
    8 Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) 14,056
    9 Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 12,000
    10 Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 16,502
    11 Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 52,000
    12 Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 18,040
    JUMLAH KESELURUHAN 201,814

     

    KEJAYAAN PROGRAM DI BAWAH PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)

    Perancangan sesuatu program pembangunan belia di bawah Penggerak Belia Tempatan (PeBT) adalah berdasarkan kepada 10 teras yang terkandung di dalam Dasar Belia Negeri Selangor yang menjadi tonggak kepada pembangunan belia yang mampan. Pencapaian sesuatu program itu dinilai berdasarkan kepada kejayaan sesuatu pesanan atau input yang cuba disampaikan melalui programprogram yang dilaksanakan dapat disampaikan kepada golongan sasaran dan seterusnya dapat diaplikasikan untuk pembangunan generasi muda Selangor.

    PERMASALAHAN PELANTIKAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT) DIMAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ)

    Kerajaan Negeri senantiasa peka terhadap pembangunan dan keperluan golongan muda di Negeri Selangor dan memastikan maklumat terkini dapat disampaikan kepada mereka. Oleh yang demikian, Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk melahirkan kepimpinan belia yang berwibawa yang dapat menjadi ejen perubahan kepada golongan belia di Negeri Selangor serta bertindak sebagai jentera pelaksana Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi.

    Bagi tujuan itu, pelantikan sebagai Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Peringkat Zon Bagi Sesi 2016/2018 yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2016 sehingga 31 Mei 2018 telah dikeluarkan kepada semua PeBT yang dilantik melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertarikh 1 Jun 2016. Namun begitu, masih terdapat beberapa PBT  yang gagal mengemukakan borang pencalonan untuk zon sehingga kini yang menyebabkan kelewatan pada proses pelantikan  walaupun Surat Pelantikan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah dikeluarkan pada 15 September 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.