PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)

26) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Huraikan status semasa Pengerak Belia Tempatan (PeBT).

    Program Penyampaian Perlantikan Watikah PeBT Negeri Selangor bagi sesi 2014/15 telah di adakan pada 8 Februari 2014 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor. Seramai 290 orang PeBT telah dilantik terdiri daripada pelbagai

    Seterusnya bermula pada 12 Februari hingga 15 Mac, sebanyak 11 perjumpaan khas dan taklimat khusus kepada kesemua PeBT dilakukan dengan penerangan berkisar tentang isu2 berkaitan tatacara perlantikan, prosedur perlaksanaan program, prosedur kewangan dan tuntutan, prosedur tuntutan elaun bulanan dan sebagainya.

    Sehingga kini, semua PeBT di 11 PBT seluruh Selangor telah berjaya membentuk Jawatankuasa Induk PeBT peringkat PBT dan juga peringkat Zon.

    Hingga kini, hanya PeBT dari Majlis Bandaraya Shah Alam yang masih belum bermesyuarat atau bertindak melantik AJK Induk PeBT peringkat PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.