Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

155) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selain daripada PeBT MPSJ, PeBT di PBT lain tiada akaun tersendiri dan perlu bergantung dengan akaun PBT. Hal ini menyebabkan pengerusi-pengerusi kurang kuasa untuk menguruskan akaun sendiri. Adakah kerajaan berhasrat mengasingkan akaun bank PeBT daripada PBT demi memudahkan urusan-urusan PeBT?

    Kerajaan Negeri telah menubuhkan Penggerak Belia Tempatan bermula pada tahun 2009 sebagai agen penggerak kepada pembangunan Negeri.

    Sehubungan itu, Garis Panduan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah diwujudkan sebagai panduan kepada pengurusan dan tadbir urus PeBT yang mana garis panduan ini menerangkan konsep dan struktur PeBT dan peruntukan serta tatacara penggunaan peruntukan PeBT. Justeru itu, perkara 7 dalam garis panduan ini telah menerangkan secara jelas berhubung peruntukan. Ini bermaksud segala pengeluaran dan kaedah tatacara kewangan adalah terikat sepenuhnya pada peraturan kewangan di peringkat PBT masing-masing.

    Untuk pengetahuan, tatacara kewangan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah berbeza. Majlis Perbandaran Subang Jaya mungkin tidak mengamalkan tatacara kewangan yang sama bagi PeBT seperti di PBT lain. Seperti di dalam Garis Panduan PeBT, semua pengeluaran peruntukan dan kaedah tatacara kewangan adalah terikat sepenuhnya pada peraturan kewangan di peringkat PBT masing-masing.

    Terdapat sedikit perbezaan di mana ada PBT yang menggunakan kaedah penyaluran terus ke akaun zon pengerusi PeBT dan ada PBT menyalurkan peruntukan ke akaun induk PeBT. Oleh itu, adalah disaran agar PeBT mengikut tatacara sedia ada yang ditetapkan oleh PBT masing – masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.