Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

14) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambahbaik proses pemilihan dan pelantikan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan Negeri Selangor untuk penggal akan datang?

    Kemajuan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di Selangor menunjukkan peningkatan yang lebih positif dalam menyumbangkan idea-idea untuk menggerakkan generasi muda dan juga dengan penglibatan mereka dalam program-program pembangunan generasi muda. Untuk makluman, bagi tahun 2016 sehingga 2017, PeBT dilantik di kalangan generasi muda yang berumur 30 tahun ke bawah yang amat sesuai dengan peredaran masa dan keperluan generasi muda pada masa kini.

    Kerajaan Negeri telah menambahbaik proses pemilihan dan pelantikan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Negeri Selangor untuk penggal 2018/2020 dengan menambahbaik tatacara pencalonan PeBT.

    Tatacara pencalonan ini bermula dengan penerimaan cadangan calon oleh PBT daripada Ahli Dewan Negeri dan PBT perlu membuat pelarasan pemilihan calon PeBT tersebut. Pencalonan ini hendaklah mengikut syarat-syarat pelantikan Pengerusi PeBT dan Ahli Jawatankuasa PeBT Peringkat Zon. Seterusnya, pihak PBT perlu membuat proses temu duga yang akan melibatkan Ahli Majlis, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dan Wakil Pejabat DUN yang mana korum temu duga mestilah sekurang-kurangnya 3 orang ahli.

    Kemudian, senarai calon yang telah lulus temuduga perlu dikemukakan kepada pihak Sekretariat Belia Negeri Selangor untuk semakan rekod jenayah. Sekiranya terdapat calon PeBT yang mempunyai rekod jenayah, pihak PBT perlu membuat pencalonan semula. Manakala bagi calon yang telah lulus, tempoh percubaan akan diberikan selama 3 bulan bagi menjalankan perkhidmatan sebagai PeBT di zon yang akan ditetapkan. Sekiranya terdapat PeBT yang tidak aktif sepanjang tempoh percubaan tersebut, maka perkhidmatan mereka akan ditamatkan dan PBT perlu membuat pencalonan semula bagi pelantikan PeBT yang baru.

    Sehubungan itu, PBT perlu memastikan PeBT yang dilantik mempunyai prestasi yang memuaskan sehingga tamat tempoh perkhidmatannya.

    Tatacara Pencalonan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Negeri Selangor adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.