Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

181) PENGGUNA PERKHIDMATAN BAS SELANGORKU

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pengguna perkhidmatan bas Selangorku semenjak dilancarkan sehingga kini mengikut bangsa.

    Perkhidmatan Bas Smart Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam  menyediakan perkhidmatan bas secara percuma dan terbuka kepada seluruh rakyat Selangor di 11 Pihak Berkuasa Tempatan tanpa mengira latar belakang kaum ataupun bangsa. Oleh yang demikian, pengiraan jumlah penumpang adalah secara keseluruhan dan tidak mengikut pecahan bangsa.

    Perkhidmatan Bas Smart Selangor mula dilaksanakan pada 1 Julai 2015 dan sehingga kini terdapat 15 laluan telah diperkenalkan di 11 Pihak Berkuasa Tempatan.  Statistik penumpang Bas Smart Selangor dari tempoh 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2017 adalah sebanyak 8,831,429 orang dan pecahan penumpang mengikut tahun adalah seperti berikut:

    • Tahun 2015 (mulai 1 Julai 2015)           : 546,661 penumpang
    • Tahun 2016                                                : 4,163,654 penumpang
    • Tahun 2017 (sehingga 30 Jun 2017)    : 4,121,114 penumpang

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa memastikan perkhidmatan Bas Smart Selangor dapat dinikmati oleh semua penduduk di Negeri Selangor. Warga tempatan seharusnya mengambil peluang ini untuk menggunakan sepenuhnya keistimewaan pengangkutan awam percuma yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri.

    Pihak Berkuasa Tempatan juga giat menjalankan hebahan serta promosi-promosi bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan bas Smart Selangor oleh rakyat Selangor khususnya warga tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.