Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

196) PENGGUNAAN AIR BAWAH TANAH ATAU ABSTRAK AIR SUNGAI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon penjelasan berkaitan prosedur Penggunaan Air Bawah Tanah seperti penggalian Telaga Tiub dan abstrak air sungai untuk kegunaan persendirian atau industr

    Prosedur penggunaan air bawah tanah dan abstrak air sungai untuk kegunaan persendirian atau industri adalah seperti berikut :

    Kesemua aktiviti yang melibatkan gangguan terhadap aliran semulajadi air dalam mana-mana sumber air atau mengambil atau mengguna air daripada mana-mana sumber air perlulah mendapat kelulusan LUAS kecuali dengan jumlah tertentu yang dibenarkan oleh LUAS dari semasa ke semasa selaras dengan Seksyen 41(2), Enakmen LUAS 1999.

    Di dalam pengurusan dan pengawalseliaan sumber air ini dan selaras dengan seksyen 41(2) dan 44(1)(a) Enakmen LUAS 1999, pihak LUAS telah melesenkan dan mengenakan caj terhadap semua pengabstrak air bumi, air sungai dan badan air mengikut kadar bagi tujuan berikut :

    • caj sebanyak RM 0.01/m³ bagi tujuan utiliti awam; dan
    • caj sebanyak RM 0.05/m³ bagi tujuan komersial.
    • Aktiviti abstraksi sumber air ini juga dipantau oleh ahli Jawatankuasa Air Bumi Negeri Selangor yang melibatkan beberapa agensi yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.