Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

233) PENGGUNAAN DANA RIZAB NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Perincian lengkap mengenai objektif, syarat dan terma, tata cara dan tata kelola penggunaan dana rizab negeri serta mekanisma pemantauan dan penguatkuasaan.

    Pengurusan Kumpulan Wang Disatukan atau rizab negeri adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:-

     

    • Perkara 104 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tiada wang boleh dikeluarkan dari Kumpulan Wang Disatukan melainkan diperuntukkan atau dibenarkan dengan cara lain oleh Dewan Negeri Selangor, kecuali untuk perbelanjaan tanggungan

     

    • Seksyen 7 Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) memperuntukkan Kumpulan Wang Disatukan dibahagi kepada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan seperti berikut:-

     

    • Akaun Hasil  Disatukan  mengakaun   semua   urus   niaga   terimaan hasil dan  perbelanjaan  mengurus  Kerajaan Negeri selaras dengan Perkara 97 dan 98 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 7(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];

     

    • Akaun Pinjaman Disatukan mengakaun semua pinjaman yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan di bawah kuasa Undang-Undang Negeri dan pembayaran yang berkaitan; dan

     

    • Akaun Amanah Disatukan mengakaun semua terimaan dan bayaran wang amanah mengikut kehendak undang-undang, akta-akta amanah, suratcara amanah, arahan amanah dan

     

    Mekanisma pemantauan dan penguatkuasaan ke atas penggunaan Kumpulan Wang Disatukan / Rizab Negeri adalah terbahagi kepada tiga

    (3) iaitu:-

     

    1. Kawalan Dewan Negeri Selangor contohnya pewujudan Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Awam;
    2. Kawalan Perbendaharaan – penguatkuasaan Akta Tatacara Kewangan, Pekeliling Perbendaharaan dan Sistem Perakaunan Berkomputer dengan Kawalan dan Sekuriti bagi kelulusan sesuatu perbelanjaan dan perolehan; dan

     

    • Kawalan Jabatan – contohnya tanggungjawab Pegawai Pengawal dari segi penurunan kuasa, pusingan tugas dam pengasingan

     

    Adalah menjadi dasar Kerajaan Negeri bagi menggunakan rizab ini untuk pelaksanaan program atau projek yang akan membawa manfaat jangka panjang kepada pembangunan sosioekonomi negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.