Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

182) KURSUS PASCA PERKAHWINAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor telah meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti agensi-agensi kerajaan? Nyatakan bilangan dan jenis maklumat yang dirujuk?

    (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Jumlah peruntukan yang telah diluluskan bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM109,693.00 dan bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM440,910.00.

     

    Walaubagaimanapun peruntukan bagi tahun 2019 belum dibelanjakan setakat ini memandangkan ianya akan bermula pada pertengahan November 2019 yang melibatkan aktiviti promosi, hebahan kepada warga Selangor, taklimat kepada Pusat Khidmat DUN dan pengumpulan data pemohon dalam sistem pendaftaran. Manakala pelaksanaan kursus kepada peserta program akan bermula pada Januari 2020.

     

    Keberkesanan program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) belum lagi dapat diukur memandangkan program ini akan bermula pada bulan Januari 2020.

     

    Walaubagaimanapun, YAWAS ada melakukan kajian atas talian kepada penerima Program Insentif Perkahwinan Belia pada bulan Ogos 2019 sehingga September 2019 selama 1 bulan. Seramai 2,630 yang respon kepada kajian tersebut. Hasil dapatan daripada kajian tersebut mengenai pandangan belia terhadap program berkonsepkan kursus jika Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan kursus tersebut adalah seperti berikut;

     

    1. Sebanyak 69% responden yang cenderung untuk menghadiri kursus yang dianjurkan secara percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor.
    2. Sebanyak 78% responden yang cenderung untuk menghadiri kursus bersama pasangan masing-masing.

     

    Merujuk kepada hasil kajian tersebut (para i dan ii), lebih 50% yang respon secara positif dan cenderung untuk menghadiri program ini. Ini juga dapat disimpulkan bahawa ada belia di Negeri Selangor yang berminat dan merasa kepentingan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam urusan rumah tangga dan kekeluargaan yang kian meruncing dan mencabar masa kini.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.