Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

82) PENGGUNAAN LAMBANG ATAU BENDERA PARTI UNTUK ACARA-ACARA ATAU PROGRAM MESRA RAKYAT OLEH ADUN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah ADUN-ADUN dibenarkan menggunakan lambang atau bendera parti untuk acara-acara atau program mesra rakyat yang melibatkan penggunaan peruntukan ADUN?

    1. Penggunaan lambang atau bendera parti untuk acara-acara atau program mesra rakyat yang melibatkan penggunaan peruntukan ADN adalah sewajarnya tidak berlaku memandangkan program yang dijalankan adalah program yang dianjurkan  oleh  Kerajaan Negeri dan bukannya oleh sesebuah parti politik

Lampiran

Tiada Lampiran.