Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

108) PENGGUNAAN MAKSIMA TANAH REZAB KERAJAAN UNTUK DI USAHAKAN OLEH BELIA/JKKK UNTUK TANAMAN SAYUR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Untuk menggalakkan belia berbakti kepada tanah bolehkah kerajaan membenarkan dan memberi insentif kepada belia sebagai satu hobi berkelompok di kawasan kampung di pinggiran bandar bagi menampung keperluan harian keluarga dan boleh menambah wang saku? contoh di benteng/ban sebelah sungai.

    Untuk projek pertanian di kawasan Kampung, permohonan insentif juga boleh dikemukakan melalui Pejabat Pertanian Daerah dengan syarat ia dilaksanakan di tanah sendiri ataupun tanah hakmilik individu, swasta atau tanah rezab kerajaan yang diberi kebenaran oleh tuan punya tanah/agensi/jabatan yang terlibat. Pada tahun 2014, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan insentif Projek Sayur-sayuran sebanyak RM480,000 .

     

    Bagi pelaksanaan projek di benteng atau ban perlulah mendapat khidmat nasihat teknikal daripada Jabatan Pertanian atau agensi terbabit seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum melaksanakan projek tersebut. Jika kawasan tersebut didapati sesuai untuk aktiviti pertanian serta mendapat kebenaran dan syor teknikal daripada JPS, permohonan bantuan insentif boleh dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah berhampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.