Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

56) PENGGUNAAN PAKATAN RAKYAT SAH ATAU TIDAK

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kita sedia maklum, Kerajaan Negeri dibentuk hasil daripada kerajaan campuran yang melibatkan parti PKR, DAP dan PAS. Sambutan 100 hari pemerintahan sudah pun dijayakan dengan gemilangnya dengan pelbagai sepanduk, bena, banting, risalah di bina dan diwarwarkan atas nama Pakatan Rakyat. Sudahkah Pakatan Rakyat didaftarkan dalam akta pertubuhan dan bilakah diluluskan dan nyatakan pemegang jawatan dalam organisasi berkenaan di peringkat Kerajaan Negeri?

    Pakatan Rakyat merupakan nama gabungan Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan
    Demokratik dan Parti Islam SeMalaysia yang diumumkan berikutan mesyuarat pimpinan
    ketiga-tiga parti pada 18 Mac 2008. Ketiga-tiga parti merupakan parti politik sah yang
    berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
    Oleh itu, Pakatan Rakyat merupakan gabungan pasca pilihan raya (post election
    coalition) dan membolehkan Kerajaan-Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan
    Selangor dibentuk berikutan pilihan raya 2008. Pakatan Rakyat terdiri daripada
    Keadilan, DAP dan PAS dan tidak mempunyai daftar pemilihnya sendiri ataupun
    mengutip yuran keahlian secara langsung bagi melayakkan Pakatan Rakyat ditakrifkan
    sebagai pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan.
    Penyelarasan aktiviti parti-parti yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat dibuat di
    menerusi jawatankuasa di setiap Bahagian, Negeri dan di peringkat tertinggi oleh Majlis
    Pimpinan dan Sekretariat Bersama. Majlis Pimpinan dipimpin pemimpin Keadilan, DAP
    dan PAS sementara Sekretariat Bersama dikendalikan secara bersama oleh wakil
    ketiga-tiga parti.

Lampiran

Tiada Lampiran.