Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

37) PENGGUNAAN PERUNTUKAN PWB

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila perincikan penggunaan peruntukan PWB DUN Selat Klang sepanjang 2016 yang telah digunakan oleh mantan penyelaras PWB yang tidak melalui ADUN

    Seramai 55 orang penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) yang telah dilantik dari 56 DUN di seluruh Selangor telah berjaya melaksanakan tugasan sebagai penyelia PWB pada sesi April 2015 hingga Mac 2016. Dengan berbekalkan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, para penyelia ini telah berjaya mengadakan pelbagai bentuk program wanita selaras dengan peranan dan tanggungjawab mereka.

    Mantan Penyelia DUN Selat Klang juga tidak terkecuali dalam melaksanakan program-program PWB sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Sebanyak RM21,855.00 daripada jumlah keseluruhan peruntukan RM30,000.00 setahun yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada setiap PWB DUN telah dibelanjakan oleh beliau (mantan Penyelia DUN Selat Klang) bermula Januari sehingga Mac 2016. Maka baki peruntukan adalah sebanyak RM8,145.00 sewaktu pelantikan penyelia PWB baru untuk sesi April 2016 sehingga Mac 2018.

    Berikut adalah perincian peruntukan PWB DUN Selat Klang sepanjang 2016 yang telah digunakan oleh mantan penyelia PWB DUN Selat Klang seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.