Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

15) PENGGUNAAN PERUNTUKAN RIZAB NEGERI (WANITA)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana peruntukan ini telah/akan digunakan? Sila nyatakan pecahan perbelanjaan.

    Penyaluran peruntukan bagi tujuan pelaksanaan agenda pemberdayaan wanita sedang giat diteruskan melalui pelaksanaan pelbagai program pemberdayaan wanita yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor dengan penglibatan dan kerjasama semua agensi jabatan di Selangor setiap tahun.

    Program-program pemberdayaan ini bukan sahaja dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri kepada semua golongan wanita di Selangor malah Kerajaan Negeri turut menyalurkan peruntukan kepada agensi, jabatan mahupun kepada semua Pusat Wanita Berdaya (PWB) di seluruh Selangor bagi melaksana dan seterusnya menjayakan agenda pemberdayaan wanita Selangor.

    Pelaksanaan program oleh Kerajaan Negeri dizahirkan menggunakan peruntukan yang disalurkan kepada semua golongan wanita Selangor melalui sasaran kerja mengikut bidang fokus tahunan yang telah dirancang.

    Bagi tahun 2014, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor memberi penumpuan kepada bidang fokus seperti berikut :

    Program/Aktiviti Sasaran Justifikasi
    Program Advokasi Remaja Perempuan Memberi pendedahan, kesedaran dan ruang

    perbincangan tentang sesuatu isu berkaitan

    golongan remaja perempuan.

    Konvensyen Kepimpinan Wanita Wanita Muda Memberi ruang penghargaan kepada golongan wanita

    muda menyerlahkan bakat

    kepimpinan golongan wanita muda.

    Sukan Wanita Semua Golongan Wanita Mempromosi sukan bagi tujuan kesihatan golongan wanita.

    Dalam kaitan di atas, bidang fokus tersebut dilaksanakan sebagai penambahbaikan kepada program-program pemberdayaan wanita sedia ada bagi 2014 seperti berikut :

    BIL PERANCANGAN BUTIRAN
    PROJEK / AKTIVITI SASARAN
    1. Pusat Wanita Berdaya (PWB) 12 permohonan  
    2. Kursus Kemahiran Jangka Pendek 10 sesi 8/2 – Bengkel Masakan

    22/2 Canting Batik

    1/3 – Kecantikan

    22/3 – Pottery

    19/4 – Jahitan

     
        30 orang / sesi 26/4 – Kitar Semula

    3/5 – Jahitan

    7/6 – Masakan

    3. Program

    Pemberdayaan Ekonomi Hawa

    2 kali 1. PWB MART
    2. PET SOHO
    4. Program Advokasi 3 kali 1. Kempen Kesihatan Reproduksi (Remaja

    Perempuan)

    2. Kempen Advokasi

    Gender – Hormat

    Wanita (Wanita)

    3. Pendemokrasian (Wanita)
    5. Konvensyen Wanita 2 kali 1. Karnival Wanita Muda
    2. Konvensyen

    Kepimpinan   Wanita

     

    BIL PERANCANGAN BUTIRAN
    PROJEK / AKTIVITI SASARAN
    6. Sambutan Hari

    Wanita Peringkat

    Negeri Selangor

    3 kali 1. Pra Pelancaran Hari

    Wanita Sedunia

    Peringkat Negeri

    Selangor

    2. Sambutan Hari Wanita

    –     Women’s marathon 15/3

    3. Sempena Hari Ibu – 11/5 (Cabaran Ibu

    Muda)

    7. Program Kempen

    Kesedaran

    Keganasan Wanita

    4 fokus 1. Women’s Against Crime (WAC)
    2. OSCC – 25/11 Hari Anti Keganasan Wanita
    3. Klinik Guaman
    4. MAPMAS
    8. Program Kempen

    Wanita Selangor Sihat

    2 kali 1. Kempen Gaya Hidup Wanita Sihat
    2. Hari Kanser Sedunia – 4/2

     

    9. Program Ramah Mesra Exco

    Bersama Wanita

    3 kali 1. Sepanjang Bulan Ramadhan
    2. Widow’s Day (23/6) – Ibu Tunggal
    3. Hari Wanita Desa – 15/10
    10. Sukan  Wanita 2 kali 1. Liga Bola Jaring
    2. Hari Sukan Wanita Selangor
    11. Lawatan Dalam & Luar Negara 2 kali 1. Dalam Negeri
    2. Luar Negara

Lampiran

Tiada Lampiran.