Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

88) PENGGUNAAN POS KAWALAN KESELAMATAN SENDIRI DI TAMAN PERUMAHAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat banyak konsep pos kawalan keselamatan kendiri (guarded community) yang dilaksanakan di kawasan perumahan teres, pangsapuri dan kondominium. Konsep ini praktikal jika semua penduduk setuju berkenaan perkara ini dan konsep ini bersesuaian untuk mewujudkan keharmonian antara semua penduduk. Akan tetapi akan timbul keraguan kerana kebanyakan pelantikan pengawal keselamatan adalah rakyat asing. Selain daripada undang-undang daripada kerajaan pusat melalui polis atau imigresen adakah wujud undang-undang oleh kerajaan negeri bagi pengawal keselamatan bukan warganegara bekerja di negeri ini.

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 25 September
    2008 telah menolak soalan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.