Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

98) PENGGUNAAN TANAH T.O.L. UNTUK MENJANA PENDAPATAN PENDUDUK

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai perancangan tertentu untuk membantu golongan marhaen menjana pendapatan tambahan dengan menggunakan tanah T.O.L. untuk jangka masa pendek?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri belum ada perancangan spesifik dalam membantu golongan marhaen untuk menjana pendapatan tambahan dengan menggunakan tanah TOL untuk jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan pengeluaran TOL untuk tanah- tanah rizab bagi tujuan membantu golongan marhaen menjana pendapatan tambahan.

Lampiran

Tiada Lampiran.