Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

212) PENGIKTIRAFAN UEC

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa bilangan mahasiswa yang telah menerima oleh UNISEL dan KUIS dengan kelayakan sijil UEC?

    UNISEL ada membuat beberapa tawaran kemasukan terhadap pemohon yang menggunakan sijil UEC tetapi pemohon berkenaan tidak datang   mendaftar diri.

    Sebagai usaha proaktif bagi program yang melibatkan kaum Cina, UNISEL   telah mengadakan beberapa kunjungan ke kawasan yang majoritinya kaum   Cina seperti ke Pulau Ketam dan kawasan Dewan Undangan Negeri    Sungai Pelek bagi tujuan memperkenalkan UNISEL kepada komuniti         setempat.

    Bagi menunjukkan komitmen UNISEL terhadap kaum Cina, ditubuhkan   Persatuan Bahasa Mandarin bagi memberi nilai tambah kepada skil mahasiswa            UNISEL terutama penguasaan Bahasa tambahan. Selain itu bagi memberi ruang          untuk UNISEL menyumbang ke dalam komuniti secara lebih holistik terutama           merentas batasan kaum.

    1. Setakat ini pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) belum menerima sebarang permohonan daripada calon-calon yang memiliki kelayakan Sijil Unified Examination Certificate (UEC) atau Sijil Peperiksaan Bersama walaupun terdapat ketetapan syarat oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi penawaran program di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda KUIS.

    Terdapat 4 program yang menyatakan keperluan kepada syarat UEC iaitu:

    1. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian) (Kepujian)
    2. Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua dengan

    Multimedia (Kepujian)

    1. Diploma Multimedia
    2. Diploma Sains Komputer

     

    Namun demikian, sehingga kini, tiada calon lepasan UEC membuat permohonan kemasukan ke KUIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.