Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

261) PENGINDAHAN KG SG JAROM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan yang diluluskan untuk semua kampung baru cina pada tahun 2014 hingga kini

    Sepanjang tahun 2014, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 66 buah projek dengan peruntukan keseluruhan berjumlah 7 juta bagi pelaksanaan projek-projek kecil di kampung baru / bagan / tersusun Negeri Selangor. Manakala bagi projek yang telah diluluskan bagi tahun 2015 sehingga bulan Mac 2015 adalah sebanyak 9 buah projek dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM655,600.00. Pecahan lengkap peruntukan tersebut mengikut daerah adalah seperti berikut :

    Tahun 2014

    BIL. DAERAH BIL. PROJEK PERUNTUKAN (RM)
    1. Petaling 4 445,512.00
    2. Klang
    3. Gombak 15 735,150.00
    4. Hulu Langat 11 569,139.00
    5. Sepang 3 83,900.00
    6. Kuala Selangor 7 631,394.00
    7. Kuala Langat
    8. Sabak Bernam 14 757,287.00
    9. Hulu Selangor 12 479,700.00
    JUMLAH KESELURUHAN  

    66

     

    3,702,082.00

    Tahun 2015

    BIL. DAERAH BIL. PROJEK PERUNTUKAN (RM)
    1. Petaling
    2. Klang
    3. Gombak 1 190,000.00
    4. Hulu Langat
    5. Sepang 3 300,000.00
    6. Kuala Selangor 1 48,000.00
    7. Kuala Langat 1 38,000.00
    8. Sabak Bernam 3 79,600.00
    9. Hulu Selangor
    JUMLAH KESELURUHAN  

    9

     

    655,600.00

Lampiran

Tiada Lampiran.