Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

180) PENGLIBATAN BELIA DALAM MENANGANI KEJATUHAN MORAL DIKALANGAN REMAJA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah penglibatan belia dalam menangani kejatuhan moral dikalangan remaja?

    Belia memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah Negeri dan Negara. Namun, kita perlu menyedari kualiti belia yang mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut. Dalam membuat perancangan pembangunan belia, program yang dirancang perlu mengambil kira rangka kerja atau model yang sesuai dengan keperluan menepati belia dan kuantiti belia yang mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut.

    Oleh itu, peranan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan adalah penting untuk memastikan belia mempunyai keupayaan dan kemampuan yang diperlukan untuk menjadi belia yang cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab untuk diri, keluarga, masyarakat dan negeri.

    Pelbagai aktiviti telah dirangka bagi menggalakkan penglibatan belia dalam menangani kejatuhan moral di kalangan remaja iaitu dengan mengadakan program seperti Program Qiamullail dan Sahur Perdana Negeri Selangor 2016 yang telah diadakan pada 26 Jun 2016 (Ahad) bertempat di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Program ini dirancang bagi mengajak dan menggalakkan anak muda untuk mengimarahkan Ramadan dengan Qiamullail. Secara tidak langsung, amalan ini juga akan meningkatkan kekuatan rohani, memantapkan jiwa serta memperkasakan jati diri mereka sebagai seorang generasi muda muslim dalam meraih redha Allah S.W.T dan seterusnya  mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

    Selain itu juga, Kerajaan Negeri turut mengadakan Program Cub Prix Malaysia AAM Petronas Musim 2016 Pusingan Ke-1. Program ini diadakan pada 12 hingga 13 Mac 2016 bertempat di perkarangan Parkir MAEPS, Serdang. Program ini telah memberi impak yang positif kepada Kerajaan Negeri dengan mengambil peduli

    Generasi Muda yang bergiat aktif dan berminat dalam bidang permotoran di Selangor dan Malaysia. Selain itu, program ini dapat mengurangkan gejala tidak sihat remaja seperti melepak, merempit dan berlumba haram di jalan raya.

    Kerajaan Negeri turut mengadakan Program Permotoran di Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor dengan kehadiran lebih kurang 5,000 orang generasi muda yang turut terlibat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.