Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

103) PENGLIBATAN KAUM BUKAN MELAYU DI DALAM SEKTOR AWAM NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah sebarang peluang bagi kaum bukan Melayu untuk dilantik sebagai DatoÕ Bandar bagi salah satu Bandaraya di Negeri Selangor ini seperti di Shah Alam dan/atau Petaling Jaya?

    Kaum bukan Melayu berpeluang untuk dilantik sebagai Dato’ Bandar Majlis Bandaraya
    di Negeri Selangor seperti Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling
    jaya. Ini adalah kerana Waran Perjawatan Dato’ Bandar kedua-dua Majlis Bandaraya
    tersebut adalah Jawatan Terbuka dan tidak di hadkan kepada mana-mana kaum untuk
    menyandang jawatan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.