Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

46) PENGLIBATAN KPS DALAM INDUSTRI GAS ASLI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan Selangor memberi butiran-butiran yang lebih terperinci tentang pembelian 40% saham dalam syarikat NGC Energy Sdn. Bhd. oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) dan sebab-sebab KPS melibatkan diri dalam industri gas asli?

    BAHAGIAN I : BUTIRAN TERPERINCI TENTANG 40% PELABURAN DALAM NGC ENERGY SDN BHD

    1. NGC Energy Sdn Bhd (NGC Energy) adalah syarikat persendirian yang didaftarkan pada 10 April 2012 dibawah Akta Syarikat 1965 yang terlibat dalam pengedaran LPG sebagai aktiviti utamanya.
    2. Modal Berbayar NGC Energy buat masa ini adalah berjumlah RM55 juta.
    3. Sebelum penglibatan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) dalam NGC Energy, syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh NGC Consolidated Holdings Sdn Bhd (NGCCHSB) iaitu syarikat pelaburan di Malaysia milik penuh National Gas Company SAOG (NGC Oman) yang berpusat di Oman dan disenaraikan di Muscat Securities Market.
    4. NGC Oman terlibat dengan perniagaan LPG semenjak tahun 1981 dan mempunyai rangkaian pengedaran dan infrastruktur LPG terbesar di rantaunya.
    5. Pada Januari 2011, Shell Group (Malaysia) telah membuka bidaan umum bagi melupuskan perniagaan LPG di dalam Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (Shell LPG) termasuklah aset-aset LPG di Semenanjung Malaysia yang dimiliki oleh Shell Refining Company Berhad.
    6. NGC Energy telah berjaya dalam bidaan tersebut dan “Letter of Intent” telah ditandatangani pada 8 Mac 2012. Seterusnya, ianya disusuli dengan menandatangani “Sales & Purchase Agreement” di antara NGC Oman, NGC Energy dan Shell pada 9 Mei 2012.
    7. Sebagai makluman, Shell LPG telah terlibat dalam industri ini lebih daripada 30 tahun dan merupakan pengedar kedua terbesar selepas Petronas dengan menguasai 21% pasaran di Malaysia.
    8. Pada 11 Jun 2012, Perangsang Selangor melalui anak syarikat milik penuh iaitu Perangsang Oil & Gas Sdn Bhd (POGSB) telah menandatangani “Subscription and Shareholders Agreement” diantara NGCCHSB dan NGC Energy untuk melanggan sebanyak 22,000,000 unit saham biasa bernilai RM22,000,000 (RM1.00 seunit) di dalam NGC Energy. POGSB juga akan memberi pendahuluan pemegang saham (shareholders advance) berjumlah RM18,000,000 yang menjadikan jumlah pelaburan di dalam NGC Energy sebanyak RM40,000,000.
    9. Dengan pelaburan sebanyak RM40,000,000 tersebut, Perangsang Selangor kini menguasai 40% ekuiti saham di dalam NGC Energy.
    10. Sebagai pemegang 40% ekuiti saham, Perangsang Selangor diwakili oleh 2 orang pengarah di dalam Ahli Lembaga Pengarah NGC Energy. Perangsang Selangor juga mempunyai seorang wakil di dalam Jawatankuasa Eksekutif NGC Energy yang diberi mandat oleh Lembaga Pengarah untuk menguruskan dan memantau aktiviti perniagaan syarikat.

    BAHAGIAN II : SEBAB-SEBAB PELABURAN

    1. Perangsang Selangor telah membuat keputusan untuk terlibat dalam industri gas asli adalah kerana sebab-sebab berikut:-
      • Sebagai langkah jangka panjang untuk meningkatkan pulangan kepada pemegang saham melalui diversifikasi perniagaan dengan meneroka industri yang lebih mampan. Sebagai makluman, selain daripada Perangsang Selangor, terdapat juga lain syarikat berkaitan air di Selangor yang telah mula meneroka sektor minyak dan gas.
      • Perniagaan LPG yang bakal diambil alih daripada Shell LPG merupakan satu perniagaan yang menguntungkan dengan kuasa pasaran di Malaysia sebanyak 21%.
      • Berdasarkan unjuran kewangan NGC Energy, perniagaan ini dijangka memberi aliran tunai yang positif dan mampan.

    Pelaburan dalam sektor ini juga dijangka akan memberikan pulangan yang baik kepada Perangsang Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.