Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

96) PENGLIBATAN NGO

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Badan Bukan Kerajaan (NGO) boleh menjadi rakan strategik kerajaan dalam pelaksanaan dasar dan program. Nyatakan bilangan, nama dan fungsi NGO-NGO yang telah menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri.

    1. Kerajaan Negeri sememangnya sentiasa bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan pembangunan negeri dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat. Di antara NGO yang telah menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :-

     

    1. Pembangunan Kanak-kanak : Persatuan Taska Negeri Selangor

    Menyedari pembangunan modal insan kepada generasi muda dapat mencorak pembangunan sesebuah negeri, Kerajaan Negeri amat berbangga dengan sumbangan persatuan ini dalam membentuk dan memberi  pendedahan  mengenai ilmu dan maklumat cara pengasuhan kanak-kanak yang betul meliputi pelbagai aspek, seperti keselamatan, advokasi, pemakanan seimbang dan lain- lain ke seluruh daerah di Negeri Selangor.

     

    1. Kebajikan

     

    Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Selangor

     

    Pertubuhan ini berfungsi sebagai badan penyelaras kegiatan dan perunding kepada badan / pertubuhan sukarela di peringkat Negeri  Selangor.  Majlis  ini turut membantu memberikan sumbangan terhadap kemajuan pertubuhan serta menyediakan kemudahan untuk mematuhi keperluan kebajikan golongan terbiar tanpa mengira agama dan bangsa.

     

     

     

     

    • Pembangunan Pelajar Ma’aruf Club

    Pertubuhan ini diwujudkan di institusi pengajian tinggi (IPT) yang telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dengan menjalankan aktiviti khidmat masyarakat dan program berbentuk dakwah dan pembangunan pelajar.

     

    1. Pembangunan Kemahiran Orang Kurang Upaya

     

    Kelab Kecacatan Fizikal Klang, Persatuan Pemulihan Orang Cacat, Beatiful Gate Foundation Petaling Jaya /Klang, Badan Bertindak OKU Malaysia

     

    Kerajaan Negeri juga tidak meminggirkan golongan kurang upaya dengan membantu mereka mempelajari teknik dan kemahiran menghasilkan aksesori mudah sebagai salah satu kemahiran yang boleh meningkat pendapatan. Melalui aktiviti seperti ini, golongan OKU akan menjadi lebih produktif  dan  dapat  berdikari tanpa sentiasa mengharapkan bantuan kebajikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.